Rabu, 11 Januari 2017
Rujukan
Ø Mohd Aazem Bin Mazlam. (2010, Ogos 23). Bahasa Rojak [Blog post].
Retrieved from http://cpotbudu28.blogspot.com
Ø M Jasni Majed (n.d.). Menangani Isu Bahasa Rojak. Retrieved from
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menanganiisubahasarojak/Article/article_print
Ø Muhamad Suhaimi Razali (2013, April 01). Bahasa rojak boleh bunuh bahasa
Melayu. Retrieved from http://www2.hmetro.com.my/articles/BahasarojakbolehbunuhbahasaMelayu/Article
Ø The Encyclopedia of Malaysia: Languages &
Literature oleh Prof.
Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, cara-cara yang konkrit dan
pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian, kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh
seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa
ini tidak dapat dipertikaikan dan dinafikan lagi. Bahasa Malaysia memberikan faedah yang besar
dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan teknologi Malaysia. Kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan
bahasa kita. Jika tidak, generasi masa
depan kita akan ketinggalan dan negara kita akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa
barat yang menggunakan bahasa asing. Penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan generasi muda sudah menjadi gaya hidup “wajib” bagi
mereka untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa melayu
baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman. Justeru, bagi menghalang Bahasa Malaysia daripada
terus dipengaruhi unsur luar secara melulu, para pemimpin dan pendidik perlulah
terus memupuk generasi muda dengan memberi bimbingan dan teladan kepada mereka
agar sikap menghargai bahasa rasmi negara ini dapat berterusan. Istilah “jangan lupa diri”, sering didengar
di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Istilah ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa sesorang itu
harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia
bersifat perkauman. Bak kata pepatah, “yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”.
Cabaran Bahasa Malaysia Dalam Era Globalisasi
Pada tahun 2020,
Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara yang maju, meninggalkan tarafnya
sebagai Negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada
perkembangan fizikan dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan
kualiti hidup dan jati diri bangsa.
Unsur-unsur ini
tidak semestinya membina jati diri atau bangsa yang dikehendaki kerana proses
yang ada pada masa itu adalah proses yang paling sesuai yang dipanggil osmosis,
merujuk nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang
berpengaruh. Salah satu yang bakal disebut melalui proses osmosis itu nanti
ialah menerusi mencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan
sifat kemelayuan mereka.
Seperti yang telah
disaksikan belakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara
hidup lama. Antaranya ialah hidup dengan computer dan internet. Kini, berita
dikirim melalui email dan sms . Dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian
perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui
internet. Perkataan baru yang sering memasuki perbendaharaan kata kita,
kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Bahasa Melayu
dituturkan separuh melayu separuh inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturannya
adalah lebih kurang 70% dalam Bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam Bahasa
Melayu, dalam keadaan lintang pukang. Dan secara ketara, pendidikan Negara mula
disalut dengan perantaraan media baru, iaitu Bahasa Inggeris.
Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat. Dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa melayu. Cuma kali ini ditambah sedikit kaitannya dengan scenario global. Sebenarnya memperkatakan tentang Bahasa Melayu seolah olah kita memperkatakan satu-satunya aspek atas orang melayu itu sendiri. Survival melayu di peringkat yang maju dan beridentiti juga mencerminkan bangsa melayu khususnya dan bangsa Malaysia amnya, Cuma bangsa Malaysia adalah igauan yang hendak dicapai.
Cara-Cara Memartabatkan Bahasa Malaysia
Menurut Kamus
Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal
seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang malu untuk menggunakan
bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Melayu. Ini menjejaskan imej negara kita kerana
Bahasa Melayu adalah bahasa nasional kita. Mengapakah hal ini berlaku? Apakah
cara-cara yang kita boleh lakukan untuk melestarikan bahasa ibunda kita?
Kita boleh mulakan
dengan sumbangan individu. Seorang individu yang Berbahasa Melayu boleh
berkomunikasi dalam bBhasa Melayu di rumah ataupun di sekolah. Kita juga harus
menunjuk minat kita terhadap Bahasa Melayu dan sering melibatkan diri kita dalam
aktiviti bahasa di rumah. Sebagai seorang pelajar, kita harus menanam minat
untuk mempelajari bahasa Melayu, jika tidak kita akan menghadapi kesusahan
dalam pertuturan bahasa Melayu apabila kita telah menjejaki usia seorang
dewasa. Untuk menanam minat ini, kita boleh menganjurkan permainan bahasa
dengan keluarga saling saudara-mara.
Kedua, kita boleh
melibatkan diri dalam komuniti kita seperti di sekolah atau badan-badan lain
yang relevan. Contohnya di sekolah, kita boleh menimbulkan kesedaran tentang
keistimewaan Bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri Bahasa
Melayu di dalam kelas. Kita boleh menjalani program sekolah seperti
bengkel-bengkel yang mempromosikan Bahasa Melayu. Seorang pelajar itu juga
boleh menjalankan pelajaran Bahasa Melayu lebih menarik untuk menanamkan minat
dalam Bahasa Melayu dan mengadakan aktiviti luar kelas. Sumbangan kepada
komuniti lebih senang untuk dilakukan kerana kita lebih mengenal oranng-orang
sekitar kita.
Akhir sekali,
negara seorang individu itu juga boleh memainkan peranan dalam isu ini dengan
bertutur dalam bahasa Melayu apabila mereka ke negara lain untuk perbincangan
mereka. Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya
sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.
Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia
Dalam dunia
korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Malaysia
dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman,
tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak
terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat
diperoleh dan dibeli dari dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga
bahasa Malaysia menjadi peniru atau pengguna. Kita janganlah menuding jari
kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan kerana kita sendiri yang
enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa sains dan
teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi.
Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat
kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan
bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
Selain itu, dasar
penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi.
Pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Malaysia selama tiga
belas tahun. Selepas itu, mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat
persekolahan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke kolej swasta yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajiannya.
Dalam usaha
memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama
yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan
usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah
digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains
dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti
dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang
mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang
digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan
yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di
pusat pengajian tinggi.
Di samping itu,
seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa kebangsaan
dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian,
mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi
monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa
kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor
Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa
menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau
media elektronik supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua
urusan rasmi.
Selain itu, peranan
media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai tanggungjawab
sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan
sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus
menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen
penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan
begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan
penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh
dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat
bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.
Di samping itu,
mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif
untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu
bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu.
Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Menteri Pelajaran Malaysia, beliau mengatakan
bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan
Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan
akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia.
Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras
dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut
diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat
mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa
Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
Warga pendidik di
negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa
Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik
hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam
kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga
bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik
lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum
pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya
menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam
konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu
di¬terapkan melalui pendidikan bahasa.
Sehubungan dengan
itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah
dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak
kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk
masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan
pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa
ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan
sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam
semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan
memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas
dunia.
Menurut Menteri
Pelajaran Malaysia, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan kelakuan, sikap,
tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah
lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia
yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan raksasa
antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik,
cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan
segala masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya
kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia
haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak
bangsa.
Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.
Peranan Pelajar Dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia
Pelajar-pelajar
harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung
dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini
mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu
akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.
Perkara yang paling
penting dalam soal pemantapan bahasa si sekolah ialah peranan guru itu sendiri.
Guru sering dianggap sebagai satu contoh terbaik yang menjadi ikutan pelajar.
Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa melayu
standard. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan
bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar. Seandainya guru
sendiri tidak peka terhadap penggunaan bahasa melayu, pelajar apatah lagi.
Bahasa Melayu dalam
pendidikan tinggi di Malaysia. Nilai Bahasa Melayu menjadi tinggi kerana
kebanyakkan kerja yang pesat berkembang di sektor awam mewajibkan pemohonnya
lulus sekurang kurangnya dengan kredit dalam bahasa melayu pada peringkat SPM.
Semua urusan dengan kerajaan perlu menggunakan bahasa melayu. Generasi muda
daripada pelbagai keturunan yang cekap dan fasih dalam bahasa melayu telah
menerima bahasa tersebut sebagai bahasa mereka. Pensyarah di IPTA daripada
pelbagai ilmu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu untuk menyampaikan
kuliah. Mereka menguasai istilah dan konsep dalam Bahasa Melayu dan
menterjemahkannya bahan-bahan pengajaran daripada Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu.
Para pelajar di
institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah
merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato,
forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab
, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar
boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan, ulasan dan apa
sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
Selain itu, mereka
juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan
buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu
dan meluaskan pembacaan. Penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul merupakan
langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa yang dibentuk
dapat membina jati diri bangsa. Pelajar IPTA boleh menjawab soalan
peperiksaan dalam bahasa melayu. Disertai sarjana dan doktor falsafah juga
boleh ditulis dalam Bahasa Melayu. Semua ini membawa perkembangan dan pengayaan
yang besar terhadap Bahasa Melayu di Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)