Penggunaan
bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya. Bagi
masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita, penggunaan bahasa rojak
dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya, masyarakat Cina
dan masyarakat India, mereka lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu rojak yang
dicampur dengan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu secara betul.
Kebiasaannya,
bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan
bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat
dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi. Sesuai
digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan
oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu.
Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk
memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.
Penggunaan
bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa.
Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat
bunyinya. Bahasa
rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa
rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan
ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan
kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.
Bahasa
rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat
Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan
seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.