Secara kesimpulannya, cara-cara yang konkrit dan
pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian, kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh
seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa
ini tidak dapat dipertikaikan dan dinafikan lagi. Bahasa Malaysia memberikan faedah yang besar
dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan teknologi Malaysia. Kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan
bahasa kita. Jika tidak, generasi masa
depan kita akan ketinggalan dan negara kita akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa
barat yang menggunakan bahasa asing. Penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan generasi muda sudah menjadi gaya hidup “wajib” bagi
mereka untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa melayu
baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman. Justeru, bagi menghalang Bahasa Malaysia daripada
terus dipengaruhi unsur luar secara melulu, para pemimpin dan pendidik perlulah
terus memupuk generasi muda dengan memberi bimbingan dan teladan kepada mereka
agar sikap menghargai bahasa rasmi negara ini dapat berterusan. Istilah “jangan lupa diri”, sering didengar
di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Istilah ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa sesorang itu
harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia
bersifat perkauman. Bak kata pepatah, “yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”.