Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran
pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika
menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan
kata-kata dalam bahasa Inggeris.
Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan
apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402
di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan
budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu,
pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan .Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya),
bahasa rojak merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia.
Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya.