Pelajar-pelajar
harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung
dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini
mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu
akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.
Perkara yang paling
penting dalam soal pemantapan bahasa si sekolah ialah peranan guru itu sendiri.
Guru sering dianggap sebagai satu contoh terbaik yang menjadi ikutan pelajar.
Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa melayu
standard. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan
bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar. Seandainya guru
sendiri tidak peka terhadap penggunaan bahasa melayu, pelajar apatah lagi.
Bahasa Melayu dalam
pendidikan tinggi di Malaysia. Nilai Bahasa Melayu menjadi tinggi kerana
kebanyakkan kerja yang pesat berkembang di sektor awam mewajibkan pemohonnya
lulus sekurang kurangnya dengan kredit dalam bahasa melayu pada peringkat SPM.
Semua urusan dengan kerajaan perlu menggunakan bahasa melayu. Generasi muda
daripada pelbagai keturunan yang cekap dan fasih dalam bahasa melayu telah
menerima bahasa tersebut sebagai bahasa mereka. Pensyarah di IPTA daripada
pelbagai ilmu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu untuk menyampaikan
kuliah. Mereka menguasai istilah dan konsep dalam Bahasa Melayu dan
menterjemahkannya bahan-bahan pengajaran daripada Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu.
Para pelajar di
institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah
merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato,
forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab
, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar
boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan, ulasan dan apa
sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
Selain itu, mereka
juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan
buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu
dan meluaskan pembacaan. Penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul merupakan
langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa yang dibentuk
dapat membina jati diri bangsa. Pelajar IPTA boleh menjawab soalan
peperiksaan dalam bahasa melayu. Disertai sarjana dan doktor falsafah juga
boleh ditulis dalam Bahasa Melayu. Semua ini membawa perkembangan dan pengayaan
yang besar terhadap Bahasa Melayu di Malaysia.