Apa itu
"bahasa rojak"?
Dalam Kamus Dewan
edisi ketiga, 'bahasa' bermaksud satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Menurut Kamus Dewan
'rojak' bermaksud:-
1 .Sejenis makanan
daripada buah-buahan mentah dan sayur-sayuran campur yang berkuah: ~ manis; ~
ulek;
2. Berupa sesuatu
yang bercampur aduk: eh, ini majalah ~! Ataupun rojek II; merojak menumbuk
(sirih); projek; ~ sirih penumbuk sirih, gobek.
Menurut Mohd Aazem
Bin Mazlam (2010), terdapat beberapa faktor menyebabkan bahasa rojak semakin
berleluasa di negara kita. Antara faktor yang diselitkan oleh Mohd Aazem
Bin Mazlam (2010) ialah media massa. Bahasa rojak begitu meluas digunakan
dalam media samaada media eletronik ataupun media cetak pada hari ini Mohd
Aazem Bin Mazlam (2010). Oleh demikian, beliau berpendapat
melalui penggunaan bahasa rojak ini akhirnya telah menjejaskan bahasa
kebangsaan kita. Hal ini berikutan kerana pengguna perkhidmatan media di negara
kita terlalu ramai dan member impak yang besar kepada Bahasa Melayu. Contohnya,
terdapat rancangan yang dipaparkan dalam televisyen pada hari ini menggunakan
bahasa rojak sebagai judul atau tajuk rancangan yang disiarkan seperti “Konsert
Sure Heboh” (Mohd Aazem Bin Mazlam, 2010)
Melalui satu
artikel dari MyMetro oleh M Jasni Majed, beliau turut menyatakan kebimbangan
terhadap nasib bahasa kebangsaan negara kita ekoran sikap kita yang tidak
begitu peka tentang peranan dan masa depan bahasa sendiri. M Jasni Majed
menjelaskan bahawa perubahan zaman selalunya menempiaskan istilah baru yang
diguna pakai dalam pelbagai bidang. Keadaan ini jelas tergambar di sekeliling
kita di mana ramai orang muda kini yang gemar menonjolkan diri akan menganggap
sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri atau tidak boleh menggunakan dan
memahami istilah baru terutamanya dari luar adalah mereka yang ketinggalan
zaman.
Muhamad Suhaimi
Razali (2013) menunjukkan beberapa contoh apabila kata singkatan digunakan dalam
perbualan harian. Antara kata singkatan adalah seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘mau’,
‘tau’, dan beberapa lagi juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang
sebenarnya tidak boleh diucapkan dan ditulis dalam majlis dan urusan rasmi.
Jika kita menggunakan bahasa remaja dalam pertuturan harian seperti ‘awek’,
‘cun’, ‘kantoi’, ‘cilok’, ‘otai’ dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada
bahasa rojak jika disalah guna dalam urusan rasmi (Muhamad Suhaimi Razali,
2013) Tambahan pula, beliau turut menjelaskan penyesalan bila terbaca
akhbar harian yang terikut-ikut meletakkan kata-kata ini sebagai tajuk sesuatu
berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah sebati di kalangan
remaja negara kita. Sasaran utama perbincangan orang ramai tentang kekuatan pengaruh
bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah penglibatan orang ramai
dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen (Muhamad Suhaimi Razali,
2013) Di sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan
kepada khalayak sehingga ada yang membawa masuk istilah ini ke dalam urusan
rasmi. Muhamad Suhaimi Razali (2013) menyatakan yang Datuk Seri Dr Rais
Yatim pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang gemar
bercakap separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan rasa
tidak puas hati kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot penggunaannya
dan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun
akan datang jika usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang (Muhamad
Suhaimi Razali, 2013).
Kesimpulannya,
sendiri berpendapat bahawa punca utama berlakunya penggunaan bahasa rojak
adalah sikap kita sendiri yang mementingkan bahasa asing daripada bahasa
sendiri. Kemasukan istilah asing yang dianggap lebih sesuai dan dapat
mengangkat imej penuturnya terutama bagi masyarakat bandar memburukkan lagi
keadaan. Pendek kata, Bahasa adalah maruah kepada bangsa itu sendiri dan jika
tidak dijaga, ia tidak mungkin lagi dihormati, seterusnya membawa kepada
jatuhnya maruah sesebuah bangsa.