Rabu, 11 Januari 2017
Rujukan
Ø Mohd Aazem Bin Mazlam. (2010, Ogos 23). Bahasa Rojak [Blog post].
Retrieved from http://cpotbudu28.blogspot.com
Ø M Jasni Majed (n.d.). Menangani Isu Bahasa Rojak. Retrieved from
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menanganiisubahasarojak/Article/article_print
Ø Muhamad Suhaimi Razali (2013, April 01). Bahasa rojak boleh bunuh bahasa
Melayu. Retrieved from http://www2.hmetro.com.my/articles/BahasarojakbolehbunuhbahasaMelayu/Article
Ø The Encyclopedia of Malaysia: Languages &
Literature oleh Prof.
Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, cara-cara yang konkrit dan
pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian, kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh
seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa
ini tidak dapat dipertikaikan dan dinafikan lagi. Bahasa Malaysia memberikan faedah yang besar
dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan teknologi Malaysia. Kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan
bahasa kita. Jika tidak, generasi masa
depan kita akan ketinggalan dan negara kita akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa
barat yang menggunakan bahasa asing. Penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan generasi muda sudah menjadi gaya hidup “wajib” bagi
mereka untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa melayu
baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman. Justeru, bagi menghalang Bahasa Malaysia daripada
terus dipengaruhi unsur luar secara melulu, para pemimpin dan pendidik perlulah
terus memupuk generasi muda dengan memberi bimbingan dan teladan kepada mereka
agar sikap menghargai bahasa rasmi negara ini dapat berterusan. Istilah “jangan lupa diri”, sering didengar
di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Istilah ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa sesorang itu
harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia
bersifat perkauman. Bak kata pepatah, “yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”.
Cabaran Bahasa Malaysia Dalam Era Globalisasi
Pada tahun 2020,
Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara yang maju, meninggalkan tarafnya
sebagai Negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada
perkembangan fizikan dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan
kualiti hidup dan jati diri bangsa.
Unsur-unsur ini
tidak semestinya membina jati diri atau bangsa yang dikehendaki kerana proses
yang ada pada masa itu adalah proses yang paling sesuai yang dipanggil osmosis,
merujuk nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang
berpengaruh. Salah satu yang bakal disebut melalui proses osmosis itu nanti
ialah menerusi mencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan
sifat kemelayuan mereka.
Seperti yang telah
disaksikan belakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara
hidup lama. Antaranya ialah hidup dengan computer dan internet. Kini, berita
dikirim melalui email dan sms . Dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian
perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui
internet. Perkataan baru yang sering memasuki perbendaharaan kata kita,
kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Bahasa Melayu
dituturkan separuh melayu separuh inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturannya
adalah lebih kurang 70% dalam Bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam Bahasa
Melayu, dalam keadaan lintang pukang. Dan secara ketara, pendidikan Negara mula
disalut dengan perantaraan media baru, iaitu Bahasa Inggeris.
Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat. Dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa melayu. Cuma kali ini ditambah sedikit kaitannya dengan scenario global. Sebenarnya memperkatakan tentang Bahasa Melayu seolah olah kita memperkatakan satu-satunya aspek atas orang melayu itu sendiri. Survival melayu di peringkat yang maju dan beridentiti juga mencerminkan bangsa melayu khususnya dan bangsa Malaysia amnya, Cuma bangsa Malaysia adalah igauan yang hendak dicapai.
Cara-Cara Memartabatkan Bahasa Malaysia
Menurut Kamus
Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal
seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang malu untuk menggunakan
bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Melayu. Ini menjejaskan imej negara kita kerana
Bahasa Melayu adalah bahasa nasional kita. Mengapakah hal ini berlaku? Apakah
cara-cara yang kita boleh lakukan untuk melestarikan bahasa ibunda kita?
Kita boleh mulakan
dengan sumbangan individu. Seorang individu yang Berbahasa Melayu boleh
berkomunikasi dalam bBhasa Melayu di rumah ataupun di sekolah. Kita juga harus
menunjuk minat kita terhadap Bahasa Melayu dan sering melibatkan diri kita dalam
aktiviti bahasa di rumah. Sebagai seorang pelajar, kita harus menanam minat
untuk mempelajari bahasa Melayu, jika tidak kita akan menghadapi kesusahan
dalam pertuturan bahasa Melayu apabila kita telah menjejaki usia seorang
dewasa. Untuk menanam minat ini, kita boleh menganjurkan permainan bahasa
dengan keluarga saling saudara-mara.
Kedua, kita boleh
melibatkan diri dalam komuniti kita seperti di sekolah atau badan-badan lain
yang relevan. Contohnya di sekolah, kita boleh menimbulkan kesedaran tentang
keistimewaan Bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri Bahasa
Melayu di dalam kelas. Kita boleh menjalani program sekolah seperti
bengkel-bengkel yang mempromosikan Bahasa Melayu. Seorang pelajar itu juga
boleh menjalankan pelajaran Bahasa Melayu lebih menarik untuk menanamkan minat
dalam Bahasa Melayu dan mengadakan aktiviti luar kelas. Sumbangan kepada
komuniti lebih senang untuk dilakukan kerana kita lebih mengenal oranng-orang
sekitar kita.
Akhir sekali,
negara seorang individu itu juga boleh memainkan peranan dalam isu ini dengan
bertutur dalam bahasa Melayu apabila mereka ke negara lain untuk perbincangan
mereka. Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya
sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.
Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia
Dalam dunia
korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Malaysia
dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman,
tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak
terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat
diperoleh dan dibeli dari dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga
bahasa Malaysia menjadi peniru atau pengguna. Kita janganlah menuding jari
kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan kerana kita sendiri yang
enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa sains dan
teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi.
Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat
kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan
bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
Selain itu, dasar
penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi.
Pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Malaysia selama tiga
belas tahun. Selepas itu, mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat
persekolahan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke kolej swasta yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajiannya.
Dalam usaha
memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama
yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan
usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah
digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains
dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti
dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang
mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang
digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan
yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di
pusat pengajian tinggi.
Di samping itu,
seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa kebangsaan
dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian,
mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi
monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa
kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor
Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa
menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau
media elektronik supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua
urusan rasmi.
Selain itu, peranan
media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai tanggungjawab
sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan
sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus
menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen
penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan
begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan
penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh
dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat
bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.
Di samping itu,
mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif
untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu
bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu.
Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Menteri Pelajaran Malaysia, beliau mengatakan
bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan
Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan
akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia.
Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras
dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut
diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat
mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa
Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
Warga pendidik di
negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa
Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik
hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam
kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga
bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik
lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum
pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya
menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam
konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu
di¬terapkan melalui pendidikan bahasa.
Sehubungan dengan
itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah
dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak
kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk
masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan
pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa
ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan
sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam
semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan
memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas
dunia.
Menurut Menteri
Pelajaran Malaysia, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan kelakuan, sikap,
tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah
lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia
yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan raksasa
antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik,
cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan
segala masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya
kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia
haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak
bangsa.
Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.
Peranan Pelajar Dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia
Pelajar-pelajar
harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung
dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini
mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu
akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.
Perkara yang paling
penting dalam soal pemantapan bahasa si sekolah ialah peranan guru itu sendiri.
Guru sering dianggap sebagai satu contoh terbaik yang menjadi ikutan pelajar.
Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa melayu
standard. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan
bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar. Seandainya guru
sendiri tidak peka terhadap penggunaan bahasa melayu, pelajar apatah lagi.
Bahasa Melayu dalam
pendidikan tinggi di Malaysia. Nilai Bahasa Melayu menjadi tinggi kerana
kebanyakkan kerja yang pesat berkembang di sektor awam mewajibkan pemohonnya
lulus sekurang kurangnya dengan kredit dalam bahasa melayu pada peringkat SPM.
Semua urusan dengan kerajaan perlu menggunakan bahasa melayu. Generasi muda
daripada pelbagai keturunan yang cekap dan fasih dalam bahasa melayu telah
menerima bahasa tersebut sebagai bahasa mereka. Pensyarah di IPTA daripada
pelbagai ilmu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu untuk menyampaikan
kuliah. Mereka menguasai istilah dan konsep dalam Bahasa Melayu dan
menterjemahkannya bahan-bahan pengajaran daripada Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu.
Para pelajar di
institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah
merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato,
forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab
, penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar
boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan, ulasan dan apa
sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
Selain itu, mereka
juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan
buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu
dan meluaskan pembacaan. Penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul merupakan
langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa yang dibentuk
dapat membina jati diri bangsa. Pelajar IPTA boleh menjawab soalan
peperiksaan dalam bahasa melayu. Disertai sarjana dan doktor falsafah juga
boleh ditulis dalam Bahasa Melayu. Semua ini membawa perkembangan dan pengayaan
yang besar terhadap Bahasa Melayu di Malaysia.
Contoh Amalan Bahasa Rojak
"Kau memang terror (hebat) la!"
"Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur)
punya maa!"
Pernahkah anda menggunakan bahasa seperti yang tertera di atas? Tidak?
Anda pasti?
Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di "Facebook" dan "Twitter". Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang akan datang menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan bahasa Malaysia mereka? Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa?
Namun, setiap orang pernah menggunakannya tidak kira di mana, dengan siapa ataupun dalam keadaan yang bagaimana. Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di "Facebook" dan "Twitter". Bukan itu sahaja, program di televisyen, radio mahupun novel dan majalah turut menggunakan bahasa rojak. Misalnya, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. Mungkinkah anak-anak generasi yang akan datang menggunakan bahasa rojak ini dalam penulisan karangan bahasa Malaysia mereka? Adakah ini merupakan suatu pencemaran bahasa?
Cara-Cara Mengatasi Masalah Penggunaan Bahasa Rojak
Setiap
penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasa
rojak dan bahasa singkatan. Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan
kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam
masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan teladan
yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa
dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik
semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan
bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu
juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat
dan lama–kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul.
Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah
penting dalam mengatasi gejala bahasa rojak.
Selain
itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap
pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap Bahasa Melayu kolot dan tidak
standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan Bahasa Melayu tidak mempunyai
perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh
diterima. Hai ini demikaian kerana Bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup
menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya.
Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu Bahasa
Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya
bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan
latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah
supaya gejala ini dapat diatasi.
Peranan
media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan
digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa
terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang
menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja.
Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba
sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan
bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program
“Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa
rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini
dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa.
Kesimpulannya,
penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa telah mencemari
martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Oleh
itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus
bekerjasama bak kata “berat sama dipikut, ringan sama dijinjing” untuk
menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat
dinaikkan sampai ke peringkat global.
Kesan-Kesan Penggunaan Bahasa Rojak
Sedasawarsa
ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru
dunia tentang penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Amalan bahasa rojak
bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasa
menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan
masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi
ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan
berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesan–kesan
yang timbul akibat daripada penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan perlu
dikenal pasti supaya langkah–langkah yang pragmatik dapat diambil untuk
mengatasinya.
Seperti
yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan
mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi
gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan
ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta
ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri
bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris.
Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya
gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan
keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa
kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakan tamparan kepada
identiti dan kewibawaan bahasa Melayu.
Semetelahan
itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan
pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan
bahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam
penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai
amalan seharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi
seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada
kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka
telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka.
Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa
menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak
dan bahasa singkatan.
Tambahan
pula, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan menyebabkan pengguna
kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan
dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam. Biar
kita ambil contoh, apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti nama “you”
kepada pelanggannya, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu,
dia akan berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan
adalah penting kerana tanpa pelanggan perniagaan tidak dapat dijalankan.
Keadaan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan pelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati.
Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa
rojak.
Punca Penggunaan Bahasa Rojak
Sikap
kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat
berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa
tersebut akan lenyap ditelan zaman.
Sikap
rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk
negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung
di dunia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris
bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa
Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling
utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai
‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
Kurangnya
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian
kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa
ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa
asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri
bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin.
Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap
masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan
mengabaikan bahasa kebangsaannya.
Faktor
emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang
sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan
gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa
rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang
internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan
ini.
Penggunaan
bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan
media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk
menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak
sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah
sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka
terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
Sikap
penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin
menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur
bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran
terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka
akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar
bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran.
Kebaikan Bahasa Rojak
Penggunaan
bahasa rojak mendatangkan kemudahan bagi masyarakat yang menuturnya. Bagi
masyarakat majmuk seperti masyarakat di negara kita, penggunaan bahasa rojak
dikatakan relevan dengan penguasaan bahasa mereka. Contohya, masyarakat Cina
dan masyarakat India, mereka lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu rojak yang
dicampur dengan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu secara betul.
Kebiasaannya,
bahasa rojak yang sering digunakan meliputi percampuran bahasa Inggeris dengan
bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa rojak akan dianggap hebat
dan mengikut perkembangan semasa jika dituturkan dalam berkomunikasi. Sesuai
digunakan dalam proses untuk mempelajari sesuatu. Bahasa rojak sering digunakan
oleh masyarakat untuk memudahkan mereka memahami dan mempelajari ilmu.
Contohnya, ketika waktu pembelajaran guru juga menggunakan bahasa rojak untuk
memastikan pelajar memahami perkara yang diajar.
Penggunaan
bahasa rojak juga membolehkan kita mengetahui perkataan dalam pelbagai bahasa.
Contohnya, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan Inggeris yang hebat-hebat
bunyinya. Bahasa
rojak juga tidak mempengaruhi kemerosotan akademik pelajar. Biarpun bahasa
rojak dalam masyarakat melayu dikatakan begitu ketara tetapi dari segi tulisan
ia masih ditahap yang membanggakan, bukan sahaja kepada orang melayu bahkan
kepada kaum lain seperti kaum cina dan india.
Bahasa
rojak melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana masyarakat
Malaysia juga akan menggunakan bahasa rojak walau di mana mereka berada dan
seterusnya memudahkan identiti masyarakat Malaysia dikenalpasti.
Fenomena Bahasa Rojak
“Aku rasa Amazing
race lebih best dari explorace ni. At least Amazing race semua sama rata, clue
dia lebih stright to the point. Cuma aku tak faham lah kenapa TV3 suka
pengacara dia cakap rojak. Sekejap cakap English, sekejap cakap melayu. Kalau nak
english buatlah english semua".
Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggeris) yang telah menjadi virus di Malaysia. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka penggunaan bahasa rojak telah pun berlaku hasil pertembungan bangsa dan budaya dalam kalangan pedagang dunia dengan penduduk tempatan di negeri Melaka. Pada umumnya, Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contohnya, Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Pada masa sekarang, bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekali gus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi penggunaan bahasa rojak akan ditelusuri demi kepentingan bersama.
Pada pendapat saya, punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini demikian kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatan mereka menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam Bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah di luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Akhirnya, wujudlah fenomena penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka dalam masyarakat.
Sejajar dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, bahasa rojak telah digunakan secara meluas dalam komunikasi melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) dan laman sesawang di Internet. Fenomena ini dikatakan salah satu faktor kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Malaysia, terutamanya dalam aspek penulisan. Kita sering mendapati pelajar-pelajar selalu terbawa-bawa amalan penggunaan bahasa rojak dalam pergaulan seharian dalam penulisan karangan mereka di sekolah. Bagi golongan pelajar yang masih di bangku sekolah ini, penggunaan bahasa rojak sangat meluas penggunaannya dalam hubungan mereka seharian termasuk dengan rakan sebaya, mungkin juga turut menular ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga dan sanak-saudara. Semasa berhubung menggunakan SMS dan bersembang menggunakan laman web sosial seperti "Facebook" dan "Twitter" mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak yang lebih senang difahami dan ditulis serta menjimatkan masa. Tabiat ini dilakukan selama berjam-jam sehingga menjadi sebati dengan diri mereka. Natijahnya, pelajar cenderung menggunakan bahasa lisan yang diringkaskan, malah ada yang mewujudkan istilah perkataan sendiri bagi tujuan kemudahan, penjimatan, dan juga gaya komunikasi.
Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggeris) yang telah menjadi virus di Malaysia. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka penggunaan bahasa rojak telah pun berlaku hasil pertembungan bangsa dan budaya dalam kalangan pedagang dunia dengan penduduk tempatan di negeri Melaka. Pada umumnya, Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contohnya, Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Pada masa sekarang, bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekali gus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi penggunaan bahasa rojak akan ditelusuri demi kepentingan bersama.
Pada pendapat saya, punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini demikian kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatan mereka menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam Bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah di luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Akhirnya, wujudlah fenomena penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka dalam masyarakat.
Sejajar dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, bahasa rojak telah digunakan secara meluas dalam komunikasi melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) dan laman sesawang di Internet. Fenomena ini dikatakan salah satu faktor kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Malaysia, terutamanya dalam aspek penulisan. Kita sering mendapati pelajar-pelajar selalu terbawa-bawa amalan penggunaan bahasa rojak dalam pergaulan seharian dalam penulisan karangan mereka di sekolah. Bagi golongan pelajar yang masih di bangku sekolah ini, penggunaan bahasa rojak sangat meluas penggunaannya dalam hubungan mereka seharian termasuk dengan rakan sebaya, mungkin juga turut menular ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga dan sanak-saudara. Semasa berhubung menggunakan SMS dan bersembang menggunakan laman web sosial seperti "Facebook" dan "Twitter" mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak yang lebih senang difahami dan ditulis serta menjimatkan masa. Tabiat ini dilakukan selama berjam-jam sehingga menjadi sebati dengan diri mereka. Natijahnya, pelajar cenderung menggunakan bahasa lisan yang diringkaskan, malah ada yang mewujudkan istilah perkataan sendiri bagi tujuan kemudahan, penjimatan, dan juga gaya komunikasi.
Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Kebanyakan filem, drama, dan rancangan hiburan yang disiarkan di negara kita menonjolkan pelakon, pengacara dan peserta yang menggunakan bahasa rojak untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan bahasa rojak juga turut melibatkan golongan pemimpin dan tetamu-tetamu jemputan yang berprofil tinggi untuk mengulas tentang sesuatu isu. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat mudah meniru dan akhirnya tidak segan silu menggunakan bahasa rojak apabila berkomunikasi. Tindakan penerbit dan pengarah filem yang cenderung menggambarkan golongan berada atau golongan atasan berkomunikasi menggunakan bahasa rojak untuk menggambarkan status mereka dalam masyarakat meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Oleh sebab itu, fenomena penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat hendaklah dikekang. Pihak yang perlu memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan betul semasa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah sejak anak-anak mereka kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan ini, apabila mereka memasuki alam persekolahan, mereka sudah tahu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Tabiat berbahasa dengan betul dan gramatis ini akan sebati dalam diri mereka sehingga dewasa. Pepatah Melayu ada mengatakan, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, yang amat sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh sebab itu, jika ibu bapa mereka merupakan pencinta bahasa Melayu yang sejati, tidak mustahil anak-anak mereka juga memiliki sifat yang sama.
Konklusinya, bahasa
rojak bukanlah budaya kita yang sejati. Oleh sebab itu, kita harus berganding
bahu bagai isi dengan kuku untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa
kebangsaan dan jati diri bangsa Malaysia turun-temurun. Kita tidak mahu
melahirkan generasi yang hanya tahu "berbahasa rojak'', tidak lancar Bahasa
Inggerisnya dan tidak pula fasih Bahasa Melayunya. Ini bukan sahaja merupakan
satu masalah komunikasi tetapi sudah boleh dianggap sebagai satu `krisis
identiti'. Satu langkah yang tegas dan menyeluruh hendaklah diambil untuk
membongkar hingga ke akar umbi sebab musabab yang menjadi punca krisis
tersebut. Hanya setelah sebab musabab yang sebenar diketahui maka satu
penyelesaian yang berkesan dapat dilaksanakan.
Seterusnya, peranan
pihak berwajib tidak boleh dikesampingkan dalam usaha menangani masalah ini.
Pihak yang paling berwajib dalam membendung fenomena ini ialah Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan
Warisan. Ketiga-tiga pihak hendaklah bermusyawarah untuk berbincang mengenai
isu ini. Sehubungan dengan itu, bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A.Aziz Deraman
memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda, perlu mengatasi kuasa akta-akta yang
lain. Hal ini bertujuan untuk mengenakan tindakan undang-undang atas mereka
yang mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan
bahasa kebangsaan dengan cara yang salah. Kerajaan sewajarnya memberikan
penekanan yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini. Tindakan ini
hendaklah mendapat kerjasama daripada semua pihak. Sekiranya tidak, usaha kita
untuk memartabatkan bahasa Melayu pasti sia-sia sahaja.
Akhir sekali, peranan guru terutamanya guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa
Inggeris di sekolah hendaklah diperkasakan. Guru-guru perlulah mengubah sikap
pelajar yang suka berkomunikasi menggunakan bahasa rojak secara lisan mahupun
SMS. Guru-guru bahasa haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada
pelajar-pelajar di sekolah. Mereka perlu berkomunikasi menggunakan bahasa yang
betul dan gramatis semasa mengajar. Oleh sebab itu guru mesti sentiasa berada
dalam keadaan berkualiti, berkesan, dan menguasai kandungan subjeknya jauh lebih
tinggi daripada pengetahuan dan kemahiran yang sedia dimiliki pelajar. Tambahan
lagi, mereka perlu membuat persediaan, memperbaiki serta mempelbagai kaedah
penyampaian termasuk memanfaatkan kemajuan teknologi sedaia ada secara kreatif.
Kepentingan berbahasa dengan betul hendaklah disebarluaskan kepada
pelajar-pelajar kerana bahasa melambangkan bangsa. Pelajar-pelajar hendaklah
diingatkan bahawa Bahasa Melayu merupakan identiti kita sebagai rakyat Malaysia
yang mesti didaulatkan dan dimartabatkan sehingga ke persada antarabangsa.
Asal Usul Bahasa Rojak
Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran
pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika
menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan
kata-kata dalam bahasa Inggeris.
Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan
apabila sebuah entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402
di Melaka. Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan
budaya yang secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu,
pedagang dunia dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan .Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya),
bahasa rojak merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia.
Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya.
Maksud Bahasa Rojak
Apa itu
"bahasa rojak"?
Dalam Kamus Dewan
edisi ketiga, 'bahasa' bermaksud satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Menurut Kamus Dewan
'rojak' bermaksud:-
1 .Sejenis makanan
daripada buah-buahan mentah dan sayur-sayuran campur yang berkuah: ~ manis; ~
ulek;
2. Berupa sesuatu
yang bercampur aduk: eh, ini majalah ~! Ataupun rojek II; merojak menumbuk
(sirih); projek; ~ sirih penumbuk sirih, gobek.
Menurut Mohd Aazem
Bin Mazlam (2010), terdapat beberapa faktor menyebabkan bahasa rojak semakin
berleluasa di negara kita. Antara faktor yang diselitkan oleh Mohd Aazem
Bin Mazlam (2010) ialah media massa. Bahasa rojak begitu meluas digunakan
dalam media samaada media eletronik ataupun media cetak pada hari ini Mohd
Aazem Bin Mazlam (2010). Oleh demikian, beliau berpendapat
melalui penggunaan bahasa rojak ini akhirnya telah menjejaskan bahasa
kebangsaan kita. Hal ini berikutan kerana pengguna perkhidmatan media di negara
kita terlalu ramai dan member impak yang besar kepada Bahasa Melayu. Contohnya,
terdapat rancangan yang dipaparkan dalam televisyen pada hari ini menggunakan
bahasa rojak sebagai judul atau tajuk rancangan yang disiarkan seperti “Konsert
Sure Heboh” (Mohd Aazem Bin Mazlam, 2010)
Melalui satu
artikel dari MyMetro oleh M Jasni Majed, beliau turut menyatakan kebimbangan
terhadap nasib bahasa kebangsaan negara kita ekoran sikap kita yang tidak
begitu peka tentang peranan dan masa depan bahasa sendiri. M Jasni Majed
menjelaskan bahawa perubahan zaman selalunya menempiaskan istilah baru yang
diguna pakai dalam pelbagai bidang. Keadaan ini jelas tergambar di sekeliling
kita di mana ramai orang muda kini yang gemar menonjolkan diri akan menganggap
sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri atau tidak boleh menggunakan dan
memahami istilah baru terutamanya dari luar adalah mereka yang ketinggalan
zaman.
Muhamad Suhaimi
Razali (2013) menunjukkan beberapa contoh apabila kata singkatan digunakan dalam
perbualan harian. Antara kata singkatan adalah seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘mau’,
‘tau’, dan beberapa lagi juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang
sebenarnya tidak boleh diucapkan dan ditulis dalam majlis dan urusan rasmi.
Jika kita menggunakan bahasa remaja dalam pertuturan harian seperti ‘awek’,
‘cun’, ‘kantoi’, ‘cilok’, ‘otai’ dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada
bahasa rojak jika disalah guna dalam urusan rasmi (Muhamad Suhaimi Razali,
2013) Tambahan pula, beliau turut menjelaskan penyesalan bila terbaca
akhbar harian yang terikut-ikut meletakkan kata-kata ini sebagai tajuk sesuatu
berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah sebati di kalangan
remaja negara kita. Sasaran utama perbincangan orang ramai tentang kekuatan pengaruh
bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah penglibatan orang ramai
dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen (Muhamad Suhaimi Razali,
2013) Di sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan
kepada khalayak sehingga ada yang membawa masuk istilah ini ke dalam urusan
rasmi. Muhamad Suhaimi Razali (2013) menyatakan yang Datuk Seri Dr Rais
Yatim pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang gemar
bercakap separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan rasa
tidak puas hati kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot penggunaannya
dan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun
akan datang jika usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang (Muhamad
Suhaimi Razali, 2013).
Kesimpulannya,
sendiri berpendapat bahawa punca utama berlakunya penggunaan bahasa rojak
adalah sikap kita sendiri yang mementingkan bahasa asing daripada bahasa
sendiri. Kemasukan istilah asing yang dianggap lebih sesuai dan dapat
mengangkat imej penuturnya terutama bagi masyarakat bandar memburukkan lagi
keadaan. Pendek kata, Bahasa adalah maruah kepada bangsa itu sendiri dan jika
tidak dijaga, ia tidak mungkin lagi dihormati, seterusnya membawa kepada
jatuhnya maruah sesebuah bangsa.
Pendahuluan
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan
sendiri, iaitu Bahasa Malaysia. Bahasa
Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada Bahasa
Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, Bahasa Malaysia telah
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi
sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh
tahun selepas merdeka, Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi yang termaktub
dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152.
Krisis baharu yang melanda Bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini
semakin meminggirkan Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
Krisis ini berpunca daripada tanggapan
yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan
negara ini. Faktor kedua berpunca
daripada sikap orang melayu sendiri. Hal
ini demikian kerana orang melayu berkuasa telah meminggirkan Bahasa Malaysia daripada
rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu
menyokong rancangan pembinaan kepustakaan Bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan,
janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan,
muflis dalam bidang ilmu, teknologi dan budaya serta akhirnya terkubur di
negara sendiri. Rata-rata ibu bapa
mendidik anaknya bertutur dalam Bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa
asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.
Mahasiswa institusi pengajian tinggi
perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu
bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan Bahasa Malaysia dalam semua bidang
ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir,
Menteri Pelajaran Malaysia, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang
dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di
institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan
memupuk kecintaan orang ramai terhadap Bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap
keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai
penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh
mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda disamping memupuk kecintaan terhadap
Bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa kini.
Pemerkasaan Bahasa Malaysia di sekolah. Sikap pelajar yang sering menganggap Bahasa Malaysia
itu mudah kerana Bahasa Malaysia itu adalah bahasa pertuturan mereka seharian
perlu dikikis sama sekali. Semua pelajar
dan guru harus meletakkan Bahasa Malaysia ditempat yang sewajarnya dalam segala
hal di sekolah. Lantaran itu, mereka
harus membiasakan menggunakan Bahasa Malaysia yang betul, terutamanya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Amalan ini
dapat memberikan kesedaran kepada mereka bahawa Bahasa Malaysia yang betul
sahaja harus digunakan. Cara ini dapat
menanamkan semangat cinta kepada Bahasa Malaysia.
Selasa, 10 Januari 2017
Muka Depan
SESI DIS 2016
DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK: PENGGUNAAN BAHASA ROJAK SUDAH MENJADI AMALAN RAKYAT
MALAYSIA
NAMA:
AZLINA BT AB AZIZ (02DSK14F1074)
AINUNALIA BT IBRAHIM (02DSK14F1014)
NORHANISAH BT MOHD NASIR (02DSK14F1050)
WAN NURUL AMIRA BT WAN SA’ADUN (02DSK14F1054)
NOR HAFIZAH BT MOHAMED JALALUDDIN (02DSK14F1044)
SITI RADZIAH BT ROSLI (02DSK14F1024)
KELAS: DSK6B
AZLINA BT AB AZIZ (02DSK14F1074)
AINUNALIA BT IBRAHIM (02DSK14F1014)
NORHANISAH BT MOHD NASIR (02DSK14F1050)
WAN NURUL AMIRA BT WAN SA’ADUN (02DSK14F1054)
NOR HAFIZAH BT MOHAMED JALALUDDIN (02DSK14F1044)
SITI RADZIAH BT ROSLI (02DSK14F1024)
KELAS: DSK6B
NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
Langgan:
Catatan (Atom)